Fights
for independen Patani State
Utusan
Patani Merdeka.Netfirms.com |

|
Patani Darussalam Independent Online
News,information
politik and history.. |

|
|

|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BERITA UTAMA |
| Tentera
Thai kecam cara tangani pejuang Patani |
BANGKOK: Panglima
pasukan tentera darat Penjajah Thailand yang berpengaruh, Jeneral Sondhi Boonyaratkalin
mengecam cara kerajaan Siam menangani krisis di 4 wilayah selatan dan menegaskan sudah
tiba masanya bagi Bangkok mengubah pendirian yang enggan berunding langsung dengan
pemimpin perjuangan Patani di kawasan yang bergolak berkenaan.
Kenyataannya itu dibuat sehari selepas letupan bom di 22 bank di wilayah Jala yang
menyebabkan sekurang-kurangnya orang terbunuh dan 29 lain cedera.
Sudah tiba masanya bagi kerajaan Thailand mengubah pendirian yang enggan berunding
langsung dengan pemimpin perjuangan Patani terbabit, katanya yang merujuk pemimpin
perjuangan Patani itu sebagai ular.
Sekadar berusaha mendapatkan simpati masih belum cukup. Buat masa ini kita sekadar
memukul ular pada ekornya yang tidak langsung dikepalanya. Tetapi strategi paling berkesan
adalah kita perlu berunding dengan ular ini. Rundingan itu penting demi menghasilkan
keamanan yang berkekalan, tegasnya.
Kerajaan Thaksin Shinawatra sudah berulang kali menegaskan enggan berunding dengan
mana-mana pemimpin Pertubuhan Pembebasan Patani atas alasan ia tidak akan berunding dengan
pengganas.
Ulasan Sondhi dibuat selepas Thaksin menyalahkan pihak tentera kerana gagal mengjegah
letupan itu.
Malah, kemarin ketika diminta mengulas letupan terbaru di bank berkenaan, Thaksin berkata:
Pergilah soal sendiri panglima tentera bagaimana ini boleh berlaku sedangkan kita
sudah pun mempunyai maklumat awal mengenainya.
Sementara itu, pihak berkuasa Thailand menahan empat orang Melayu yang disyakki terlibat
dan memburu beberapa lain berhubung letupan di bank kemarin.
Pihak tentera berkata, mereka masih belum dapat memastikan identiti penyerang mahu pun
dalangnya. Ia turut mendakwa ada menerima maklumat perisikan tetapi tidak menyangka ia
berlaku dalam bank manakala rakaman kamera litar menunjukkan ada bom terbabit diletakkan
wanita dan pemuda.
Semua bank yang menjadi sasaran dalam serangan di wilayah Jala ditutup, kata gabenor
wilayah Soonyasith Suwanarat. Bagaimanapun mesin pengeluaran wang atau ATM masih berfungsi
manakala lapan bank lain yang tidak menjadi sasaran tutup hari jumaat.
Pihak berkuasa berkata, mereka percaya letupan hampir serentak kemarin sememangnya
bertujuan serentak dengan sambutan hari penubuhan sebuah kumpulan gerakan yang menentang
Thailand.
Thaksin pula menyuarakan keyakinan penyerang terbabit dapat diberkas tidak lama lagi.
Saya tidak fikir ia begitu sukar untuk menahan suspek kejadian itu kerana setiap
bank ada kamera tersembunyi yang dapat menunjukkan siapakah dalangnya, kata Thaksin
kepada media.
Bom buatan sendiri yang diletupkan telefon tangan diletakkan dalam tong sampah, rak akhbar
dan berhampiran kerusi tempat duduk pelanggan bank di Jala itu, kata Mej-Jen Paithoon
Choochaiya yang mengetuai pasukan keselamatan di wilayah itu.- AFP/PIONA |
|
|
|


|
 |
 |
 |
 |
Ketua Teroris Negara Thai

|
|

|
|
|
|
|