Free Web Hosting by Netfirms
Web Hosting by Netfirms | Free Domain Names by Netfirms

Fights for independen Patani Darussalam

logo utusan.gif (1200 bytes)

      Patani Darussalam Independent Online News,information politik and history.. 

                                               greetings.gif (11971 bytes)

 

 

 

 

 

 

Web Counter

 changrec.gif - 2893 Bytes BERITA UTAMA
Polis korupsi serah Pejuang Patani kepada Siam dengan harga 3 juta bath
PATANI DARUSSALAM: 8 Dec, - Polis korupsi Malaysia yang kerja sama dengan mafia culit pejuang Patani serah Kepada penjajah Thailand dengan harga 3 juta bath. Husain Encik Abdullah (Manasae ciklah) yang disakki sebagai anggota Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (pulo).

Namun setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) menyatakan bahawa Husain Cik Abdullah (Manasae ciklah) belum pernah mendaftarkan namanya sebagai anggota PULO.    

Bagaimanapun masyarakat melayu Patani yang belum tahu siapa Husain turut berdukacita atas musibah yang menimpa keatasnya kerana berjuang menuntut hak dari pada penjajah Thailand yang zalim itu.   

Sementara itu masyarakat Melayu Patani memohun kepada seluruh masyarakat Melayu Patani dimana saja berada supaya sembahyang hajad dan berdo'a kepada Allah semoga polis yang menerima wang 3 juta bath itu akan dilaknat oleh Allah yang maha berkuasa, kerana tuntutan masyarakat Melayu Patani untuk mencapai kemerdekaan negara Patani daripada Penjajah Thailand adalah tuntutan yang sah.

Kemungkinan juga peristiwa ini ada kaitanNya dengan kunyungan mantan PM Malaysia Dr. Mahadir Muhammad ke Bangkok baru-baru ini.

Menurut Akhbar Penjajah Thailand The Nation dan Bangkok Post dan lain-lain lagi , yang menyebut sumber-sumber melaporkan bahawa Husin Encik Abdullah, 35, ditangkap oleh Cawangan Khas Malaysia dan diserahkan kepada polis penjajah Thailand dua hari lepas.

Encik Husin diserahkan kepada Timbalan Ketua Polis Nasional, Jeneral Priewphan Damapong di tempat pemeriksaan Imigresen Sadao dan sedang disoalsiasat di satu lokasi rahsia.

Pegawai polis kanan atau Penjajah Siam Upaya Keamanan Multi-Agensi Sempadan untuk empat wilayah akan mengesahkan mengenai penangkapan ustaz Husin kemarin, menurut akhbar the Nation.

Suspek pejuang kemerdekaan Patani Darussalam itu dikatakan adalah mantan ahli MKP Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (Pulo). Satu tawaran rasmi sebanyak satu juta Baht sehingga tertangkapnya dan ditawarkan untuk kira-kira dua tahun dan baru-baru ini dinaikkan kepada tiga juta Baht.

Ustaz Husin (Manase) dikatakan menggunakan beberapa nama termasuk Cik Karim Husin Encek Aabdullah, Kasim Bin Encik Abadullah dan Ustaz Sin.

Dia dilahirkan pada 30 Jun, 1970, dan tinggal di Patani dipercayai telah mengikuti latihan di Libya kira-kira empat tahun.

Polis Thailand mensyaki dia terbabit dalam beberapa serangan di selatan wilayah itu termasuk meletakkan bom dalam beberapa kejadian dan baru-baru ini dia lari ke Malaysia sebelum ditangkap di Kuala Lumpur.

Masih belum jelas jika Husin, suspek pejuang kemerdekaan Patani yang dirujuk oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Syed Hamid Albar semasa memberitahu pemberita minggu lepas bahawa seorang pejuang Patani telah diserahkan kepada Thailand.


Kekeliruan timbul berikutan laporan menyatakan bahawa Pejuang itu adalah salah seorang daripada 131 orang yang lari ke Kelantan pada Ogos lepas tetapi pihak berkuasa Thailand terus menafikan mengenai penyerahan itu.

Sejak kekacauan merebak ke tiga wilayah selatan itu, lebih 1,100 orang terbunuh pada kejadian itu yang didakwa dilakukan oleh pejuang kemerdekaan patani Darussalam.

Pulo muncul pada tahun 70han semasa perjuangan bersenjata etnik Melayu di wilayah selatan Jala, Patani dan Menara yang meminta kemerdekaan dari Thailand.

Tindakan terakhir pihak berkuasa Malaysia ialah untuk merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara jiran itu yang terbabit dengan pergeseran diplomatik sejak isu pelarian tercetus.

Pihak berkuasa Thailand mendakwa beberapa kejadian, gerila patani melakukan operasi di empat wilayah itu dan kadangkala melarikan diri dan bersembunyi di Malaysia.

Pelarian itu yang mendakwa mereka bimbangkan nyawanya jika tinggal di negara itu, kini sedang ditahan di Terengganu dan masih enggan pulang walaupun kerajaan Thailand telah berjanji bahawa keselamatan mereka akan terjamin.
- PINA

Hancurkan Imperialisme, Penjajah Thailand : Bangunkan kebangsaan Melayu Patani.       Ajak bergambung dengan  pejuang kemerdekaan Patani

Masjid Kersik

Masjid Telukmanok
Kota Patani & Sri Patani
Demonstrasi di Tabal
 

Home